KONSERT AMAL YAYASAN TOP GLOVE KUMPUL DANA RM200,000 BANTU EMPAT PERTUBUHAN KEBAJIKAN

25 July 2022 / 12:07

Tan Sri Dr Lim Wee Chai (empat dari kanan) menyampaikan mock-up cek kepada empat pertubuhan kebajikan ketika konsert amal Yayasan Top Glove.

SHAH ALAM 25 Julai - Yayasan Top Glove telah mengumpul sebanyak RM200,000 untuk empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu mereka yang menghadapi masalah mental dan kurang upaya melalui konsert amalnya, baru-baru ini.

Selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk 'Reducing Inequality (SDG 10)' dan 'Partnership for Goals (SDG 17)', konsert amal yang menampilkan bakat muzi Top Glove menandakan inisiatif pengumpulan dana awam yayasan bertujuan menaikkan semangat dan meningkatkan kebajikan untuk masyarakat kurang mendapat perkhidmatan.

Penasihat Yayasan Top Glove dan Pengarah Eksekutif Top Glove, Lim Cheong Guan berkata, sebagai entiti perniagaan tempatan, mereka sentiasa percaya untuk melakukan kebaikan.

"Yayasan Glove telah ditubuhkan pada Jun 2009 dengan tujuan untuk mengumpul dana bagi tujuan amal, pendidikan, dan aktiviti yang berkaitan dengan alam sekitar dan masyarakat.

"Sepanjang tahun, yayasan telah menyokong individu dan komuniti melalui tiga terasnya: Komuniti, Pendidikan, dan Alam Sekitar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada majlis itu, Pengasas dan Pengerusi Yayasan Top Glove yang juga Pengerusi Eksekutif Top Glove, Tan Sri Dr Lim Wee Chai bersama Lembaga Pemegang Amanah Yayasan menyampaikan mock-up cek kepada empat penerima sumbangan.

Tan Sri Dr Lim Wee Chai (tengah) bergambar ketika konsert amal Yayasan Top Glove

Penerima sumbangan meliputi, Persatuan Kebajikan Amal Da Ai Malaysia, Persatuan Kebajikan Kanak Kanak Terencat Akal Malaysia, Pusat Jagaan Kanak Kanak Down Syndrome dan Hypre Active dan Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal Selangor.

Dagang News

More News